Salam Ukhwah

Q2lrZ3UgSGFpcnVsIG5pemFtfDIwMTV8N3w2fDIy

Selamat Datang ke blog saya.

Alhamdulillah akhirnya blog ini dapat diwujudkan setelah sekian lama tertangguh untuk mewujudkannya. Tujuan penubuhan blog ini adalah salah satu usaha mengumpulkan dan memudahkan penulis bagi menyampaikan P&P  kepada pelajar-pelajar saya serta dapat berkongsi pengalaman, bahan dan sebagainya.Insyallah… Tiada kepentingan apa-apa pun, bukanlah ingin meraih popularariti mahupun meraih keuntungan kewangan dan sebagainya. Ia hanyalah salah satu medium penyebaran ilmu kepada pelajar-pelajar saya dan pengunjung blog ini. Jika ada catatan atau fikrah yang terdapat dalam blog ini yang tidak sehaluan dan bercanggah dengan pegangan atau fikiran anda, renungilah dan berlapang dada serta berfikiran terbuka dalam hal tersebut. Semua pendapat dan pandangan manusia boleh jadi benar boleh jadi salah, tetapi yang sentiasa benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Maklumkan pada saya. Akhir kata, jika ada apa-apa yang kesalahan yang terdapat dalam blog ini, saya memohon seribu kemaafan dan doakanlah saya supaya usaha ini mendapat keredhaan Allah S.W.T dan dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Wassalam

Cikgu HairulNizam Hassan SMK Batu Kikir, Batu Kikir, N.Sembilan—–>>

12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

Selepas keputusan SPM diumumkan, antara perkara yang sering menjadi pertanyaan adik-adik calon SPM adalah, apakah kelebihan naik tingkatan 6. Masing-masing cuba memikirkan strategi dan langkah terbaik bagi menentukan haluan yang lebih menjamin masa depan. Maka Tingkatan 6 adalah salah satu lagi pilihan yang tak boleh dipandang sebelah mata oleh mana-mana pihak. Jom kita tengok apa kelebihan bagi pelajar yang memilih untuk naik ke Tingkatan 6.

12 Kelebihan Naik Tingkatan 6
12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

01. Terus Sambung Ijazah
Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.


02. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan.

03. Kerja Kursus
Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.

04. Murid : Guru
Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. ;)

05. Peluang ke IPT
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.

06. Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

07. Yuran Murah
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu.

08. Ulang Subjek Gagal
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.

09. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan.

10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara.

11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.

12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.

Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!

kredit : Cikgu Mohd Radzif, SMK St Joseph, Kuching, Sarawak, Cikgu Nurbaida Akma, SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak dan Cikgu Norzuraini Abdul Mutalib, SMK Kuala Perlis, Perlis