Pemetakan, Penyasaran Dan Perletakan Pasaran

3.1.4   PEMETAKAN, PENYASARAN DAN  PELETAKAN PASARAN

Pasaran= Terdiri daripada pengguna individu atau organisasi dengan keperluan dan   kehendak dan keupayaan serta kesediaan untuk membeli.

@ tempat di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak

Pengguna(Individu/Organisasi—->Keperluan/Kehendak—–>Kemampuan———>Kesediaan——–> Wujudnya PASARAN

Pengguna Akhir= Pembeli-pembeli yang membeli sesuatu barangan dengan tujuan untuk menggunakannya atau untuk kegunaan diri sendiri.

Pengguna Organisasi= Individu-individu atau organisasi yang membeli barangan atau perkhidmatan untuk digunakan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan tujuan untuk dijual semula.

PEMETAKAN PASARAN

Definisi= Proses membahagikan pasaran yang besar dan (heterogan) kepada pasaran-pasaran yang kecil berdasarkan keperluan yang sama dan tawaran-tawaran yang terdapat dalam sesuatu campuran pemasaran.

ASAS PEMETAKAN PASARAN

a)      Pemetakan berdasarkan GEOGRAFI

b)      Pemetakan berdasarkan DEMOGRAFI

c)      Pemetakan berdasarkan PSIKOLOGI

d)      Pemetakan berdasarkan GELAGAT

e)      Pemetakan berdasarkan FAEDAH

Pemetakan berdasarkan GEOGRAFI

=Membahagikan pasaran berdasarkan lokasi seperti Negara, negeri, daerah dan bandar.

Contoh: Kentucky Fried Chicken {KFC}.

Pemetakan berdasarkan DEMOGRAFI

=Membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan umur, jantina, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, bangsa, dan warga negara.

Contoh: Pemetakan berdasarkan pendapatan (Perodua Kancil)= Kereta tersebut menarik minat pengguna yang berpendapatan rendah.

Pemetakan berdasarkan PSIKOGRAFI

=Membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas sosial, personaliti, dan gaya hidup.

Contoh: Kereta berjenama Honda

=Menjual barangan mewah untuk disasarkan kepada golongan atasan.

Pemetakan berdasarkan GELAGAT

=Membahagikan pasaran berdasarkan pengetahuan, sikap atau tindak balas pengguna terhadap sesuatu produk.

Tujuan: Mengelaskan konsumer mengikut belian dan penggunaan mereka. Misalnya,                      kategori penggunaan yang banyak, sederhana, sedikit dan tidak pernah menggunakannya. Selain itu, menggunakan status pengguna untuk pemetakan pasaran. Contohnya, dibahagikan kepada bekas pengguna, pengguna semasa/sekarang, pengguna berpotensi, pengguna pertama kali dan bukan pengguna.

Pemetakan berdasarkan FAEDAH

=Membahagikan pasaran berdasarkan faedah yang ditawarkan atau masalah yang boleh diselesaikan oleh sesuatu produk.

Contoh: Ubat gigi berjenama Colgate

=Antara faedah yang dimiliki pengguna ialah perisa pudina dapat mengharumkan nafas selepas pemberusan gigi dan Sparkle mempunyai bahan Fluorida yang dapat memutihkan gigi supaya kelihatan lebih berseri.

3 thoughts on “Pemetakan, Penyasaran Dan Perletakan Pasaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s