Sumber Dana
Pembiayaan ekuiti
● Wang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan
● Contohnya pemilik syarikat melaburkan wangnya dalam membeli saham
● Pulangan bagi pemilik perniagaan adalah dalam bentik keuntungan dan bahagian dividen.
● selain itu, ekuiti boleh dikenalpasti dalam bentuk pendapatan tertahan dan pendapatan premium.
| Kebaikan | Kelemahan |
| ● Tiada bayaran berkala yang dibuat seperti pembayaran faedah
● Saham biasa tidak menghadapi tempoh matang ● Boleh meningkatkan kemampuan perniagaan meningkatkan untung pada masa depan. |
● Keuntungan akan dibahagikan kepada jumlah pelabur yang ramai
● Kos menerbitkan saham terlalu tinggi dan memerlukan masa yang lama. ● Tidak boleh mengurangkan cukai melalui belanja saham yang dibuat. |
Pembiayaan hutang
● Hutang ialah pinjaman yang dibuat oleh syarikat dan syarikat terpaksa memulangkan balik pinjaman mengikut syarat yang telah ditetapkan.
● Hutang merupakan modal sementara dan dibayar balik kepada pemberi hutang bersama pokok pinjaman dan faedah yang dikenakan.
● pembiayaan secara hutang merupakan satu liability kepada syarikat.
● pembiaya hutang bukan pemilik syarikat.
Terbahagi kepada dua
a. Pembiayaan hutang jangka panjang
● Mempunyai tempoh matang lebih daripada setahun.
● Tiga bentuk yang sering digunakan:
Bon
- sijil-sijil berharga yang dikeluarkan oleh syarikat kepada pihak lain untuk mendapat pembiayaan.
Saham biasa
-dijual kepada awam untuk mendapat pembiayaan pemilik-pemilik perniagaan
Pinjaman jangka panjang
-dibuat daripada institusi kewangan dan dibayar balik dalam tempoh melebihi setahun bersama jumlah pinjaman pokok dan faedah dikenakan.
i. Pembiayaan hutang jangka pendek
● Pinjaman yang perlu dijelaskan dalam tempoh satu tahun atau kurang
Pembiayaan jangka pendek yang boleh didapati oleh peniaga
● Kredit dagangan
-Kemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal kepada peniaga
-Apabila stok barangan dibekalkan peniaga tidak perlu bayar serta merta tetapi akan berbuat demikian setelah berakhir tempoh kreadit
● Overdraf
-kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan dimana pemegang akaun semasa dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaunya setakat had yang ditetapkan.
● Kredit pusingan
-perjanjian antara pihak bank dengan pihak peminjam iaitu peminjam boleh meminjam sejumlah wang pada bila-bila masa asalkan jumlah yang dipinjamkan tidak melebihi jumlah yang dipersetujui oleh kedua pihak
● Surat kredit
-diberikan oleh bank perdagangan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan antarabangsa.
-jaminan bank bahawa amaun terhutang akan dijelaskan setelah syarat-syarat penghantaran
barang dipatuhi
● Nota janji
-pinjaman pelaburan yang diberikan oleh syarikat besar kepada syarikat yang lebih kecil yang memerlukan pembiayaan untuk membuat pelaburan.
Kelebihan dan kelemahan penggunaan pembiayaan hutang
| Kelebihan | Kelemahan |
| ● belanja faedah tetap mengikut perjanjian. oleh itu, dapat mengetahui tanggungan dalam jangka pendek | ● tanggungan yang berat untuk membayar semua obligasi, iaitu bayaran pokok dan faedah. kegagalan membayar boleh menyebabkan seseorang diisytiharkan muflis. |
| ● terdapat perlindungan cukai daripada pembayaran faedah ke atas pinjaman dan mengurangkan kos modal syarikat | ● pihak yang member hutang tidak mempunyai hak ke atas pengurusan perniagaan |
| ● dapat memperolehi pembiayaan dengan cepat dan mudah tanpa mematuhi prosedur yang terlalu ketat. | ● pemilik hutang hanya dibayar dengan kadar yang telah ditetapkan walaupun perniagaan memperolehi keuntungan yang besar. |
ma kasih utk nota ni..