PENGENALAN KPD PERNIAGAAN

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

 

Maksud perniagaan;

·      Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan

·      Yang dikehendaki oleh pengguna

·      Bermotif untung

Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan 

  Organisasi Perniagaan Organisasi  Bukan Perniagaan
Matlamat keuntungan  kebajikan sosial
Sumber kewangan modal dan keuntungan syarikat yuran ahli dan sumbangan

masyarakat

Aktiviti utama organisasi penjualan barangan dan perkhidmatan bercorak kemasyarakatan
Maksud untung

·           Lebihan hasil jualan  setelah ditolak dengan kos-kos yang terlibat

Untung = Jum Hasil – Jum Kos

·           Jenis untung iaitu kasar dan untung bersih.

Kepentingan  untung kepada perniagaan

·           Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko, contoh dividen.

·           Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival)  pelaburan semula keuntungan.

·           Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat.

·           Matlamat dan halatuju – ukuran kepada prestasi perniagaan.

·           Keyakinan / dorongan kepada pelabur.

1.      Peranan perniagaan kepada pengguna

·           Menyediakan barangan dan perkhidmatan

·           Mempelbagaikan barangan dipasaran

·           Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

2.      Kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat:

·           Memenuhi  keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan.

·           Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan.

·           Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui sistem bekalan dan jualan.

3.   Peranan untung kepada ekonomi

·         Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat keuntungan

·         Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan

·         Mengurangkan kadar pengangguran

·         Meningkatkan ekonomi negara

4.   Peranan untung kepada negara

·         Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai perniagaa

·         Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran / meningkatkan kadar guna tenaga negara

·         Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas

 

FAKTOR PENGELUARAN

Faktor pengeluar merujuk kepada sumber-sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

 

Unsur-unsur yang terdapat dalam faktor pengeluaran

1.            Bahan mentah

·         Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menhgasilkan seauatu produk

·         Contoh bijih timah, kayu balak, kelapa sawit  dan koko

2.               Modal insan

·         Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan

·         Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir

·         Mendapat gaji / upah

3.             Modal

·         Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.

·         Terdiri dari bentuk wang atau aset

·         Contoh kenderaan, ruamah, mesin dan peralatan

4.               Keusahawanan

·         Orang yang membentuk perniagaan / orang yang mengambugkan faktor-faktor pengeluaran dan menjadikan sebagai output dalam pengeluaran

·         Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan

5.              Teknologi

·         Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagan

·         Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan mkecekapan,meningkatkan daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan

PROSES PERNIAGAAN

Proses perniagaan melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi (pertukaran) terhadap input-input  pengeluaran bagi memastikan output-utput untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan kepada perniagaan.

Proses perniagaan

i.        Input

·           Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh, tanah, modal dan keusahawanan

ii.      Proses transformasi

·           Ialah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input  kepada output  dengan menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi.

iii.    Output

·           Merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaran

iv.    Proses Pemasaran

·           Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan ,jabatan pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukan

v.      Untung atau rugi

·           Untung ialah lebihan hasil ke atas kos , rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos, untung merupakan ganjaran kepada usahawan

Cabaran Aktiviti Perniagaan Kini dan Masa hadapan:

·         Globalisasi / dunia tanpa sempadan – persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja / modal , celaru budaya

·         Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu modal tinggi

·         Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan , pihak berkepentingan; buruh kanak-kanak; prihatin terhadap OKU

·         Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam) – pematuhan syariah

·         Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan

·         Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)

·         Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan / suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah ‘matang’

 

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

 

Jenis-jenis persekitaran perniagaan

1.         Persekitaran Umum

·      Merujuk kepada unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi persekitaran tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan

2.         Persekitaran tugas/Pihak-pihak berkepentigan

·      Merupakan unsur-0unsur persekitaran yang secara langsung mempengaruhi dan memberi kesan kepada operasi dan prestasi perniagaan.

Faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan.

1.      Persekitaran ekonomi

Ø  Risiko dan ketidakpastian  pasaran/ perubahan-perubahan pasaran

Ø  Keadaan-keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi

Ø  Contoh:  Penempatan pasar raya hanya sesuai di kawasan   penduduk berpendapatan tinggi dan mampu.

2.      Persekitaran persaingan dan jaringan

Ø  Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti

Ø  Jenis struktur pasaran seperti monopoli, persaingan oligopolistik dan monopoli

Ø  Persaingan yang dihadapi / Persaingan harga

3.      Persekitaran sosiobudaya

Ø  Hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum

Ø  Perlindungan dan tanggungjawab sosial yang dipegang sesuatu bangsa

Ø  Contoh: keperluan pakaian orang Melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang Cina. Oleh itu tak sesuai jual baju melayu di Petaling Street.

4.       Persekitaran politik dan perundangan

Ø  Keadaan politik dan polisi awam sesebuah negara

Ø  Peraturan, kawalan, sokongan dan galakan kerajaan, sistem percukaian

Ø  Contoh: Pusat hiburan, kedai minuman keras dan pusat mainan video cukai dinaikkan

5.      Persekitaran teknologi

Ø  Sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau membentuk tugas atau prosedur kerja

Ø  Contoh: Teknologi komputer dalam perniagaan, penggunaan E-mail, E-Commerce

6.       Prasarana

Ø  Kemudahan asas yang di sediakan   untuk membantu aktiviti perniagaan

Ø  Contohnya kemudahan elektrik, jalanraya .

7.      Antarabangsa

Ø  Merujuk kepada faktor- faktor seperti  dasar perdagangan , undang-undang perniagaan yang  melibatkan dua buah negara atau lebih

Pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan

1.      Pelanggan

ü  Pembeli produk / pengguna produk atau perkhidmatan

ü  Perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti pengeluaran

2.      Pembiaya

ü  Pemberi pinjaman

ü  pinjaman tinggi membolehkan pembesaran perniagaan

3.      Pemodal

ü  Penyumbang modal

ü  Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan perniagaan

4.      Pembekal

ü  Pihak yang membekalkan input / bahan mentah

ü  Bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaan

5.  Pesaing

ü  Firma lain dalam industri yang sama / peniaga yang menjual produk serupa di tempat yang sama

ü  Memaksa perniagaan membuat inovasi /persaingan harga dan kualiti produk organisasi menentukan tingkat harga dan kualiti produk / persaingan sihat.

6. Kerajaan

ü  Pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang / peraturan / perlesenan

ü  Cukai tinggi mengurangkan keuntungan perniagaan dan jualan

ü  Kehendak undang-undang mewujudkan tanggungjawab sosial memberi pengaruh kepada aktiviti perniagaan

7. Pekerja

ü  Tenaga buruh yang menyumbangkan dalam bentuk fizikal atau mental

ü  Pekerja yang baik / berkemahiran tinggi meningkatkan produktiviti pengeluaran

ü  Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat organisasi

8. Masyarakat

ü  Membeli/menyokong produk yang dikeluarkan oleh peniaga

ü  Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjwab sosial untuk memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat.

 

Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepetingan

1.         Pelanggan

·         Peniaga harus menjaga kebajikan dengan memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pengguna.

2.         Pembekal:

·      Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin  bekalan berterusan pada harga yang berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya.

3.         Pembiaya

·      Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjian

·      Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyukarkan perniagaan mendapatkan pinjaman pada masa akan datang.

4.         Pemodal/pelabur

·      Perniagaan seharusnya memaksimakan kekayaan pelabur atau pemodal yang melaburkan wang mereka memberikan bayaran dividen yang tinggi.

·      Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik diri dari perniagaan.

5.         Pesaing:

·      Firma seharusnya bersaing secara sihat dan tidak memburuk nama baik pesaing.

6.         Kerajaan

·      Firma seharusnya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti membayar cukai yang ditetapkan dan sebagainya.

7.         Pekerja:

·      Perniagaan perlu sensitif kepada kehendak dan keperluan pekerja samada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.

·      Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-latihan tertentu.

·      Sekiranya produktiviti pekerja menurun, maka ia akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan barang ‘defect’ juga akan meningkat.

8.         Masyarakat

·      Merujuk kepada nilai-nilai sosio budaya sesebuah negara yang meliputi cara hidup, kuasa beli yang mempengaruhi aktivii perniagaan.

·      Perniagaan tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat.

1.3 ENTITI PEMILIKAN DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Entiti perniagaan

Milikan Tunggal

1.      Ciri-ciri milikan tunggal

·           Dimilikim oleh seorang pengusaha.

·           Liabiliti tidak terhad

·           Operasi dan modal yang kecil

·           Di kawal dibawah akta pendaftaran syarikat 1056(pindaan 2978)

2.      Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemahan
–     Mudah ditubuhkan

–     Mudah diuruskan

–     Pasaran yang terhad

–     Modal kecil

–     Sesuai bagi orang yang baru belajar berniaga untuk dapat perniagaan

–     Mudah dikawal

–     Perkhidmatan bersifat peribadi

–       Liabiliti tidak terhad

–       Modal terhad

–       Pemilik tiada kemahiran / terhad

–       Beban pengurusan

–       Perniagaan jarang kekal dalam jangka panjang

–       Cukai persendirian – kadar tinggi

3.      Langkah penubuhan

·           Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan borang PNA 42

·           Permohonan pendafratan menggunkan borang A

·           Yuran pendafratan

·           Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (borang D) dan mempamerkannya..

Perkongsian

1.      Ciri-ciri

·           Dimiliki sekurang-kurangnya 2 -20 orang pemilik

·           Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah yang dipersetujui

·           Agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal

·           Liabiliti tidak terhad

·           Cukai pendapatan perseorangan bukan cukai perniagaan

·           Dikawal oleh akta perkongsian 1961

2.      Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemahan
–       Prodsedur penubuhan mudah & ringkas

–       Sumber modal lebih banyak

–       Mudah untuk mendpatkan pinjaman

–       Risiko perniagaan dikongsi bersama

–       Berkongsi kepakaran

–       Liabiliti tidak terhad

–       Penubuhan tidak kekal lama

3.      Langkah penubuhan

·      Membuat permohonan mendaftar dengan menggunkan borang A yang mengandungi butiran berikut:-

–            Nama dan alamat ahli

–            Nama dan jenisnperniagaan yang dijalankan

–            Tempoh perkongsian

–            Sumbangan modal setiap ahli

–            Nisbah pembahagian untung

–            Tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi

·      Yuran pendaftaran

·      Sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan.

Syarikat Berhad

1.    Ciri-ciri syarikar Sendirian berhad

·           Ahli 2-50 orang

·           Perkataan “Sdn” pada sebahagian dari nama syarikat

·           Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja

·           Pemegang saham adalah pemilik syarikat

·           Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham

·           Agihan keuntungan dalam bentuk dividen

·           Untung syarikat dikenakan cukai8 keuntungan syarikat.

2.         Ciri-ciri syarikat awam berhad

i.                    Pemegang saham adalah pemilik syarikat

ii.                  Ahli minimum 2 orang dan  tidak ada had

iii.                Libiliti pemegang saham adalah terhad

i.                    Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham

ii.                  Agihan keuntungan dalam bentuk dividen

iii.                Untung syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat.

3.      Kekuatan dan kelemahan

Kebaikan Kelemaahan
–        Modal besar

–        Liabiliti terhad

–        Operasi dapat mengembangkan perniagaan

–        Terdapat  pengkhususan – kewangan, pemasaran, sumber manusia

–        Jangka hayat lebih panjang

–        Percukaian

–        Syarikat sendirian berhad sebagai entiti yang berasingan, boleh didakwa dan mendakwa

–        Kos penubuhan sangat tinggi dan pembubaran yang kompleks

–        Konflik kepentingan dalam pengurusan

–        Pertelingkahan antara pemegang saham

–        Laporan kewangan mengikut Akta Syarikat 1965, perlu diaudit

–        Keputusan dibuat lambat kerana perlu mendapat persetujuan daripada pemegang saham

–        Kurang kerahsiaan

4.      Langkah penubuhan

i.                    Tatawujud syarikat yang memperihalkan tentang pembatalan seksyen 15 Akta Syarikat 1965

ii.                  Mendapatkan kelulusan sari suruhanjaya sekuriti berkaitan prospektos dan penyenaraian saham dibursa saham

iii.                Pengedaran borang permohonan saham dan perspektus.

iv.                Mendapatkan sujil perakuan perniagaan oleh pendaftar syarikat.

Koperasi:

1.      Ciri-ciri

i.                    Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang

ii.                  Modal diperolehi dari ahli melalui pungutan yuran

iii.                Diuruskan dan ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat Agong tahunan

iv.                Liabiliti terhad

v.                  Agihan untung dalam bentuk dividen dan bonus

2.      Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemaahan
–  Keuntungan dan kebajikan kepada ahli

–  Liabiliti ahli terhad

–  Cukai lebih rendah daripada perniagaan

–  Mewujudkan swemangat kerjasama dan saling membantu antara ahli

–  Lebih demokratik

–       Diuruskan oleh ahli yang kurang berkelayakan dan pengalaman

–       Dikuasai oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam koperasi

–       Masalah dalam mencari pengganti kepada pihak pengurusan yang lama

–       Modal bergantung kepada yuran dan keuntungan yang kecil

–       Operasi adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh SKM.

3.      Langkah penubuhan

1.         Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui Pejabat Pembangunan Koperasi wilayah atau daerah.

2.         Apabila kelulusan untuk menubuhkan koperasi diperolehi dari Jabatan Pembangunan Koperasi,Jawatankuasa Penaja – 10 orang akan dilantik untuk menjalankan tugas-tugas awalan berikut;

i.        Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan

ii.      Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain yang termaktub dalam objektif penubuhan

iii.    Mengubal undang-undang kecil berdasarkan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi

iv.    Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota,

v.      Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota.

3.         Mesyuarat Agung Penubuhan/Permulaan diadakan bertujuan untuk;

i.      Mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhkan koperasi

ii.    Menerima undang-undang kecil

iii.  Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi

Ø Seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Koperasi akan hadir untuk memberikan penerangan secara am mengenai hak dan tanggungjawab ahli dan aktiviti koperasi.

4.         Dokumen Pendaftaran perlu diserahkan kepada Pendaftar Koperasi

Ø        Tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat agung penubuhan

Ø        Dokumen yang perlu di hantar adalah;

i.        Borang permohonan yang telah ditandatangani oleh 10 orang Jawatankuasa Penaja

ii.      3 naskah Undang-undang Kecil koperasi

iii.    Minit Mesyuarat Agung penubuhan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir.

5.        Sijil Perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar setelah koperasi didaftarkan.

Aktiviti perniagaan

·        Pengeluaran: ekstraktif, barangan konsumer, barangan industri, pembuatan dan pemasangan

·        Perkhidmatan: runcit, borong, kewangan, profesional, perhotelan, dan pendidikan

Perbandingan antara perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan

Aktiviti berasaskan  pengeluaran Aktiviti berasaskan perkhidmatan
·         Melibatkan barang fizikal /nampak ·         Melibatkan barang tak nampak
·         Boleh disimpan ·         Tidak boleh disimpan

 

Pengeluaran – merujuk kepada proses mengeluar atau menghasilkan produk fizikal oleh sebuah syarikat perniagaan bagi memuaskan kehendak pengguna.

Aktiviti pengeluaran berasaskan pengeluaran merangkumi:-

1.             Ekstraktif

·         Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi.

·         Contoh  perlombongan,pertanian,perikanan dan pembalakan.

2.             Barangan pengguna/konsumer

·         Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan organisasi.

·         Contoh pisang di buat kek untuk dimakan sendiri dan ahli keluarga.

3.             Barangan industri

·         Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang / keluarannya kepada pembuat / syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya / transformasi / tambah nilai bagi dijual semula / menghasilkan produk.

·         Contoh pisang dibuat kek untuk dijual semula.

4.             Pembuatan

·         Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunkan sumber-sumber seperti bahan mentah, manusia, mesin dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan.

5.             Pemasangan

·         Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagia atau komponen produk untuk menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan.

Perkhidmatan – sesuatu aktiviti yang boleh ditawarkan dipasaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.

1.     Runcit

·         Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian  dalam kuantiti yang kecil.

·         Contoh kedai runcit

2.     Borong

·         Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak oleh pemborong dan kemudian menjualkan semula kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.

·         Contoh pasar borong.

3.     Kewangan

·         Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya untuk tujuan perniagaan ataupun persendirian.

·         Contoh Bank, institusi kewangan kerajaan serta badan-badan swasta dan badan berkanun.

4.    Profesional

·         Kepakaran dan kemahiran khusus yang ditawarkan oleh sesebuah syrikat perniagaan

·         Contoh  perundangan, perakaunan, perubatan dan lain-lain

5.     Perhotelan

·         Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan reakrasi  kepada pelangn mengikut kadar yang tertentu serta kemampuan pelanggan

·         Contoh hotel Hilton, Hotrl Bajet  Home stay dan lain..

6.    Pendidikan

·         Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga manusia/modal insan.

·         Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika sehinggalah keperingkat tertinggi iaitu universiti.

·         Contoh Tadika, sekolah, madrasah, kolej, Universiti.

PERANAN SEKTOR INDUSTRI

1.      Swasta

·      Merujuk kepada firma perniagaan yang dimiliki oleh individu atau kumpulan individu secara peribadi dan menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.

2.      Awam

·      Organisasi yang dimiliki,  dibiayai, dan diuruskan oleh pihak kerajaan.

3.      Badan berkanun

·      Ialah agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus. Cth: MARA,  MARDI,  MADA dll.

Peranan antara sektor swasta, awam dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara:

1.      Pihak swasta:

·                   Menjalankan aktiviti perniagaan

·                   Memberi peluang pekerjaan

·                   Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan.

2.      Sektor awam:

·         Pendorong dan penyokong dengan memberi kemudahan dan panduan kepada pihak swasta.

·         Mengurangkan lapisan birokrasi di sektor awam

3.      Badan Berkanun:

·         Mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan.

·         Menjaga kewibawaan sektor swasta.

·         Menyediakan sumber manusia – universiti

Peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi negara:

1. Menyediakan kemudahan Infrastruktur / Perkhidmatan awam

·         Kemudahan pengangkutan /  elektrik/air dan telekomunikasi /Perkhidmatan keselamatan / kemudahan pendidikan/ kemudahan perkhidmatan kesihatan

·         Contoh –membina lebuhraya dari Johor baharu ke Padang Besar untuk melancarkan agihan barangan.

2. Mengamalkan  monopoli semula jadi

·         Melaksanakan projek berisiko /projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi/Mengelakkan persaingan yang merugikan/Memastikan dapat menikmati faedah skel ekonomi bidangan

·         Contoh:membina empangan hidro untuk membekalkan kuasa elektrik

3. Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan

·         Menetukan kaedah percukaian yang sesuai/memberi bantuan subsidi/pinjaman/kepakaran/ membentuk dasar belanjawan yang fleksibel.

·         Contoh: mengurangkan kesan  inflasi kepada ekonomi melalui kenaikan kadar faedah

4. Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan

·         Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam/Menjamin kepentingan pengguna/menggubal akta dan peraturan/mengeluarkan lesen/Penyebaran maklumat/ tentang peraturan dan prosedur yang jelas/mengenakan tindakan atau mendakwa

·         Contoh: penetapan harga maksimum bagi barang kawalan untuk mengelakkan inflasi/ kuasa beli

5. Melaksanakan program Pendidikan Pengguna

·         Menjaga kepentingan pengguna/penyampaian maklumat yang tepat/mengadakan penerbitan risalah/ majalah/ pengiklanan/ Mengadakan seminar kepenggunaan

·         Contoh : mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan untuk mengurangkan aliran  keluar mata wang/menggalakkan perniagaan domestik.

6. Mewujudkan peluang pekerjaan

·         Mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan taraf hidup/meningkatkan kuasa beli

·         Contoh :mewujudkan skim jawatan sementara/kontrak di jabatan kerajaan  bagi memberi pendapatan kepada lepasan universiti untuk mengurangkan pengangguran

 

Kepentingan  agensi kerajaan kepada perniagaan

1.      Perniagaan dapat beroperasi secara sah.

2.      Mendapat kemudahan infrastruktur

3.      Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan

4.      Mendapat sumber pembiayaan

5.      Faedah dari penyelidikan

6.      Pembangunan/latihan/khidmat nasihat

7.      Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan

Tahap Perniagaan :-

i.            Primer

Aktiviti peringkat premier merujuk kepada pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang diperoleh dari alam semula jadi.

ii.               Sekunder

         Aktiviti peringkat sekunder merujuk kepada aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah yang didapati daripada aktiviti peringkat  premier.

iii.            Tertier

Ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi, contoh

·         Perkhidmatan langsung seperti doktor dan pendandan rambut

·         Perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL

·         Perkhidmatan bank seperti perkhidmatan pinjaman oleh Maybank Malaysia Bhd

·         Perkhidmatan insuran seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh Great Eastern Assurance Bhd

·         Perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh Sherwood Marina Cove

·         Perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh Telekom

AKTIVITI PERNIAGAAN HULUAN DENGAN HILIRAN

1.      Huluan

  • Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat dijalankan.
  • Perniagaan huluan ialah perniagaan  yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah/ pengeluaran hasil bumi.
  • Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti cari gali minyak.

2.      Hiliran

·       Aktiviti hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi memproses bahan mentah menjadi barangan siap untuk dipasarkan.

·       Melibatkan pemprosesan sumber.

·       Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti pemprosesan minyak mentah untuk dijadikan pelbagai produk petrokimia seperti minyak petrol dan diesel

AKTIVITI PERNIAGAAN DOMESTIK DENGAN ANTARABANGSA

1.      Domestik

·         Perniagaan yang beroperasi dalam negara

·         Menggunakan sumber / input / kewangan yang terdapat dalam negara

·         Pasaran / pelanggan dalam negara

·         Pasaran sempit

2.      Antarabangsa

·         Perniagaan antarabangsa merujuk kepada perniagaan yang sebahagian aktiviti atau kegiatan perniagaannya melibatkan negara luar

·         Melibatkan aktiviti import, eksport dan entrepot

·         Pasaran luas

·         Urusan perniagaan melibatkan pertukaran wang asing seperti Yen Jepun

 

29 thoughts on “PENGENALAN KPD PERNIAGAAN

  1. cikgu,saya hanya dapat lihat separuh dari nota ini sahaja. .terutama di perbezaan perniagaan dan bukan perniagaan. =.=

  2. You are really a excellent webmaster. The web site loading pace is incredible. It sort of feels that you’re doing any unique trick. Also, The contents are masterwork. you have done a great job on this topic!

  3. sangat berguna .mohon bantuan cikgu untuk menambahkan lagi info tambahan bagi setiap topik pp 1 dan 2-lebih berformatkan stpm-yogesh dari pfs,penang

  4. thk cikgu,nota ni sangat berguna utk saya.kerana saya x berapa pandai utk buat nota sendiri.saya mohom utk copy ye.

  5. cikgu sy minta kebenaran untuk sy copy nota ni ye,nota ni dpt memudahkan sy untuk mengulangkaji….terima kasih cikgu

  6. As’salam Cikgu…saya adalah pelajar persendirian..sy mohon atas budi bicara Cikgu utk sy mgunakan laman Ckigu..saya juga berharap agar cikgu sudi membantu saya.. saya sudahi dengan ucapan Terima Kasih yg tak terhingga buat Cikgu.

  7. Terima kasih cikgu dengan baca nota ni saya dah terjatuh suka dengan subjek ini..doakan sya ye..aamiin

Leave a reply to ct. amisha Cancel reply